Monday, April 26, 2010
Budak Tembam
Ini Si Tembam...mmg tembam sangat waktu ni...gambar ni diambil pada 2/4/09...tp skg kalau tengok tak der tembam sangat sebab Icha mmg budak malas nak makan...
Main-main...
Tuesday, April 20, 2010
Bosan ....
Hari ni bosan tahap dewa.....kerja tak ada langsung...makan gaji buta...atau buta tuli lagi senang cakap....dapat sms dari Yanz mengatakan Parcel yg aku hantar semalam dah dapat...aku bg kat Hani Farisya 3 pasang baju....tak tahu ler muat ke tidak..aku beli pakai agak-agak jer...lebih kurang Icha...tp aku beli besar sikit dari Icha..sebab hani Farisya tua 4 bulan dari Icha....Aku harap muat2 dengan anak Yanz....yg sehelai mmg aku beli size besar sikit...sebab bimbang kot yg 2 helai lagi tak muat....yg sehelai boleh cover....hehhehehe..Di sini aku tempek pic Icha masa umur 4 bulan (pic diambil pada 1/5/09)
Monday, April 19, 2010
Icha demam
ni gambar Icha masa demam dulu2..gambar ni sebenarnya dah lama...baru aku nak tempek kat sini...Icha ni kalau demam tak reti nak menangis macam baby lain. Dia boleh main sendiri2 lagi...Dia menangis bila terasa lapar jer, atau dah basah...tp sejak besar ni...kalau pampers dah lenjun pun dia masih tak nangis....Gambar ni semua diambil pada 29/6/2009 (icha amsa umur 6 bulan)...
P/S :Nenek kata Icha demam sebab nak meniarap..
Aku & Hubby
Sajer aku nak tempek gambar aku dengan hubby..masa ni icha tak ada lagi..gambar lama2 masa ...Ni sajer2 aku gi tengok pertandingan kapal layar...masa ni kat Pulau Duyung..alang2 aku balik Terengganu...aku gi sini jap nak tengok sukan kapal layar ni..nak tengok secara dekat...masa ni angin boleh tahan gak...rasa macam nak melayang2 jer badasn aku ni..tp tak per, janji dapat tengok dari jarak dekat...kira berbaloilah sebab aku dapat belon...hahahhaaaa
Tukar...
Setelah berunding selama separuh hari (hari Jumaat kejap jer walaupun nama separuh hari, lebih kurang suku hari jer waktu kerja) akhirnya TPBK bercakap dengan Pegawai Sumber Manusia, dia dah buat perjanjian, dia tak akan ubah apa yg dia tanda dalam borang tukar aku..aku macam geram jer..tp nasib baik pegawai Sumber Manusia slow talk dengan dia, dan dia seakan faham...akhirnya dia berjanji dengan Pegawai Sumber Manusia, dia masih tanda tempat yg ada tulis "bertukar dengan pengganti dihantar kemudian", tp katanya kalau pengganti tak hantar pun tak per...ok lah, aku lega bila dia dah buat janji dengan Pegawai Sumber Manusia macam tu....
p/s: kat atas letak gambar permandangan. jumpa kat intenet...blog sapa ntah aku ciplak jer...ampun yer tuan punya gambar tu...cantik sgt gambar tu...
Dah lah petang jumaat tu sampai kul 5.00 petang masalah aku baru selesai...sampai 3 pegawai masuk campur baru ok.....kalau dia tak benar aku tukar, aku mesti datang kerja dengan wajah tension sepanjang hari...yerlah dah boring duduk sini hampir 10 thn...hati memberontak nak tukar...tukar jer lah ...apalah payah sangat boss ni nak bg aku nak tukar...org lain boss tukarkan jer kalau boss tak suka...tak payah isi borang, boss jer yg buat memo kepada pihak pengurusan...aku lak lain kes, nak tukar pun payah...
Friday, April 16, 2010
Penantian adalah satu penyiksaan
Memang terasa siksa hari ini...yer lah TPBK nak lepaskan aku dengan ada pengganti...sedangkan kalau aku pergi mmg tak ada yg boleh ganti....macam mana aku nak cerita kepada dia....selama ini aku ingat dia tahu sebab setiap hari dia sign waran ttg benda tu....sedihnya aku, kenapalah susah sangat dia nak bg aku pergi...sedang aku menaip entry ni...tiba2 dia muncul depan aku cari kunci...dia tak boleh masuk bilik sebab PA dia bawa kunci, kunci dia, dia tertinggal kat rumah...hahahahaha..rumah dia jauh nak balik ambik tak boleh sebab kat Gombak...pembalasan dari allah sebab dia tak nak sign aku punya borang tukar...pembetulan bukan tak nak sign...tp sign dengan penganti dihantar kemudian...uwwwwaaaaaaaaaaaaaaaa...siksanya aku...
Friday, April 9, 2010
Sebelum gondol rambut
Aksi Minah Rempit
Spek mata oh spek mata......
Biasalah Icha, apa yg mama dan papa ada dia pun nak jugak....mama dah semestinya pakai spek...papa pakai spek hitam masa bawa kereta jer...Icha mmg dengki kalau pakai papa spek mata, dia pun nak jugak...Bila jumpa spek mata kecik, mama belikan untuk Icha...tp bila bagi pakai kejap jer...lepas tu letak dalam mulutlah...papa dan mama bimbang tercucuk biji mata jer....aduhai si kecik....
Bapak Borek Anak Rintik...
Thursday, April 8, 2010
Mari belajar membaca dan menulis...
Icha dapat basikal baru...
Orang lain dapat basikal main kat luar rumah...icha pulak, bila papa beli basikal baru, tak sabar nak main...mama suruh main kat dalam rumah jer. Mama dan papa tak larat nak bawa Icha pergi bermain kat Dataran Masjid Putrajaya. Malam minggu jer mama dan papa boleh bawa ke sana..tak per, janji bahagia...
Aiman (Akademi Nasyid TV9)
Wah..wah..wah...bukan main aku bergaya di samping Aiman...yerlah anak sepupu dah jadi artis katakan...aku tumpang glamour dengan artislah ni.....Ni adalah pertandingan nasyid anjuran TV9 dulu2...tak sangka pulak si Aiman ni pandai nyanyi...masa kecik2 dulu aku rasa Aiman tak der kacak cam ni..skg bila dah besar...mak aiiii bukan main lagi Aiman ni....ramai pulak budak2 perempuan yang tergila2kan dia...Nasib baiklah aku ni lebih tua dari dia...
Kuih lapis...
Wednesday, April 7, 2010
Muka bangun tido
Biasa ler mood bangun tido, kadang2 cantik...kadang2 hampeh...hahahahha..tp yg pasti skg Icha dah tak nak tido dalam buai lagi...pelik jugak, sebab dia sendiri tak nak tido dalam buai...bila dia nak tido skg..pandai pulak dia golek2 atas bantal dia...entah ler budak2 skg...tak ajar pun, tp pandai sendiri...
dengan papa
Ini anak kesayangan papa..manja pun lebih dengan papa..gambar ni dah lama tersimpan kat cd...bila dah pandai sikit godek2 blog...aku try ler..cam ok jer...berjaya jugak aku try buat blog...walaupun dah lama tak try... Abai jer askar2 kat belakang tu...Anngap jerlah tu sebagai latar belakang yg menarik...
Icha budak pandai mengamuk
Biasa ler icha kalau nak mengamuk dia mengamuk jer...kadang2 rasa cam rimas jer..kadang2 tak tahu nak cakap apa. Bila bg botol susu dicampaknya..sebab bila dia mengamuk, mama dan papa pujuk pun dia tak makan saman...last2 mama dan papa biarkan jer...dia akan diam dengan sendirinya...lepas tu dia akan ambik balik botol susu yg dia campak dan hisap susu sampai habis..lepas tu boleh pulak dia gelak2 macam tak ada apa2...
Subscribe to:
Posts (Atom)