Monday, May 10, 2010

Pertukaran

Penempatan Pegawai Kumpulan Sokongan N17, W17 dan N17

•30 •April• 2010•

Penempatan Pegawai Kumpulan Sokongan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17, Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 Dan Pegawai Khidmat Pelanggan N17 Bagi Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Di Bawah KPPA Di Seluruh Negara

Merujuk kepada iklan mengenai penempatan pegawai kumpulan sokongan bagi Perkhidmatan Gunasama Persekutuan di bawah KPPA diseluruh Negara pada 16 April 2010 yang lalu, adalah dimaklumkan bahawa permohonan ini telah ditutup pada 29 April 2010.

Sehubungan itu, Bahagian ini ingin memaklumkan bahawa penempatan/pertukaran ini adalah untuk pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di Kementerian/Jabatan/Agensi persekutuan tidak termasuk daripada Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Badan Berkanun dan Perkhidmatan di Negeri-negeri. Sekiranya pihak tuan/puan tidak menerima sebarang surat-menyurat sehingga pertengahan Mei 2010, permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya. Sekiranya selepas tempoh ini, pihak tuan/puan masih berminat untuk bertukar, perlulah melalui proses sedia iaitu permohonan perlulah melalui Ketua Jabatan.

Adakah aku dapat tukar atau tidak...tunggu pertengahan bulan Mei ler pulak....harap2 dapat sekitar Putrajaya ler...

No comments: